Saturday, 18 February 2012

Nasi Kerabu yang dibuat di Penang VS Nasi Kerabu yang dijual di Kelantan: Mana lebih Awes0me...

Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan pembaca..
Hari ini saya nak menimbulkan satu isu yang agak menarik iaitu berkenaan dengan makanan tradisional yang menjadi kegemaran ramai yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu tidak lain tidak bukan ialah "Nasi Kerabu".. Saya yakin ramai antara kita yang meminati masakan ini kerana khasiatnya yang lengkap dan seimbang kerana terdiri daripada pelbagai jenis ulam-ulaman, ayam percik, ikan goreng, daging bakar, telur masin, lada hijau, jeruk bawang putih, solok ladanya dan tanpa ketinggalan budu yang sememangnya best!!!! hehe....


Petang tadi saya bersama dua orang rakan saya tidak ketinggalan menikmati makanan ini yang sememangnya sedap dan best. Kami membelinya di pasar malam berdekatan dengan kampus induk USM  Penang. Bagi saya masakan yang paling best dan tiada tandingan serta tersedap di  dunia yang pertama tentulah masakan mama saya dan makanan yang kedua yang paling best sedunia ialah tidak lain tak bukan semestinya nasi kerabu... I am a big fan of nasi kerabu yang sememangnya marvelous!!!!!!!!!!...


Tetapi sepanjang perjalanan saya pulang ke desasiswa saya timbul persoalan di benak saya..Yang mana lebih sedap samada nasi kerabu yang dibuat di Kelantan atau yang dibuat di tempat yang bukan tempat asalnya seperti di Perak, Kelantan, Kedah dan sebagainya..Hurmmmm jika orang yang membuat nasi kerabu berasal dari Kelantan sudah tentu rasanya sama bukan tidak kiralah dimana pun dia berada..hihi... Bagi saya,  daripada segi rasa mungkin tidak banyak beza kan, sebab kita pun boleh buat dengan ikut step-step resipi di internet tetapi kelebihan bagi orang kelantan mungkin dia ada petua yang orang luar mungkin tidak tahu..mungkin tips-tips daripada waris-waris atau orang tua-tua dahulu kan...Contohnya macam cara nak bakar ayam, cara nak tanak nasi dan sebagainya..Kaedah memasak bagi setiap orang mungkin berbeza tetapi daripada segi rasanya hampir sama..
Kalau di Penang ini yang paling jelas bezanya adalah dari segi harganya..Di Kelantan,boleh dapat harga yang jauh lebih murah daripada di negeri-negeri lain dan di Kelantan tidak pelik jika nasi kerabu disajikan sebagai sarapan pagi dengan nasi lemak, bihun goreng, mi goreng, nasi dagang dan nasi goreng tetapi rata-rata di luar seperti di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan misalnya, kita hanya akan jumpa di pasar malam sahaja.. Dahulu saya adalah sangat tidak suka nasi kerabu..yerksssss banyak sayur!!!!!!!!!!!!~ tapi sekarang saya antara penggemar nasi kerabu yang paling setia..siapa yang macam saya, sila angkat tangan?? hihi..
Kalau dahulu bila abah bagi nasi kerabu then saya akan cakap  NO! NO! NO! tetapi sekarang bila tidak dapat nasi kerabu saya akan cakap "OH, NOOOOOOOOOO!!!!!!!!"-I'm lovin it, ia jauh lebih sedap daripada KFC dan McDonald's tahu..Akhir kata, cubalah nasi kerabu..Ia sangat enak dan best..Wasalam
Photobucket

2 comments:

  1. penang mahal sbb bkan tmpt dia...klu kt klantan mmg leh dpt murah sbb byk org jual mende yg same...

    p/s : lama da tak mkn nsi kerabu...tetibe terliur lak..huhuh


    =)

    ReplyDelete
  2. haah betul3x..apa g, p la pekena nasi kerabu yg sememangnya yummy..nyum3x...sodappp!!=)

    ReplyDelete